Saturday, September 5, 2009

Kaveat

Takrif


Kaveat atau Perintah Larangan adalah satu tindakan yang diambil untuk dicatatkan di Dokumen Hakmilik Tanah. Catatan ini menghalang urusniaga dilakukan ke atas hakmilik berkenaan.

Kemasukan kaveat atau perintah larangan

1. Tujuan kemasukan ialah untuk menjaga kepentingan orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah atau kepentingan.

2. Kaveat boleh dimasuk lebih daripada satu kali, jika perlu, oleh pihak yang sama atas sekeping tanah atau kepentingan. Akan tetapi kemasukan berikutnya hendaklah atas alasan yang berlainan. Jika alasannya sama akan ditolak oleh Pejabat Tanah atau Mahkamah.

3. Sekeping tanah boleh dimasuk lebih daripada satu kaveat oleh pihak-pihak yang berlainan.

4. Catatan kemasukan kaveat hanya dibuat di dalam dokumen hakmilik daftar sahaja.

Jenis-jenis kaveat

1. Kaveat Pendaftar (seksyen 319)

2. Kaveat Persendirian (seksyen 322)

3. Kaveat Pemegang Lien (seksyen 330)

4. Kaveat Amanah (seksyen 336)

Apa yang boleh dikaveat atau dimasuk perintah larangan

1. Tanah keseluruhan

2. Bahagian tanah yang tidak dipecahkan

3. Kepentingan atas tanah (seksyen 322)

Bookmark and Share

No comments: